1. Tangkap ketua lipas untuk dijadikan tebusan dan ugut lipas-lipas yang lain dengan kata dua supaya keluar dari kawasan rumah atau bilik anda.
2. Tawan beberapa ekor lipas dan sembelih atau hukum sula tawanan lipas tersebut di hadapan lipas-lipas yang lain supaya mereka akan takut dan segera berpindah.
3. Hasut lipas-lipas yang ada supaya mereka berpecah belah dan saling bunuh membunuh antara satu sama lain.
4. Beritahu lipas-lipas tersebut bahawa ada satu tempat yang lebih bagus, selesa dan ada banyak makanan dan minta mereka pindah ke sana. Tempat tersebut adalah rumah atau bilik jiran anda.
5. Tanam periuk api dan jerangkap samar di kawasan atau laluan lipas-lipas tersebut. Lipas yang kudung kaki pasti akan menakutkan rakan-rakan mereka seterusnya tidak lagi boleh berjalan walaupun terdapat peribahasa kata 'lipas kudung' tu laju.
6. Cari telur lipas dan musnahkannya. Ini bertujuan mencegah pembiakan sepertimana langkah mencegah pembiakan nyamuk aedes.
zul... ni kira dah xdak keja la buat lawak lipas ni?
ReplyDelete