10/11/11

Susulan Kes Bunuh 2 Oktober Lalu

Perkembangan kes bunuh yang berlaku pada 2 Oktober lalu di Ayer Hangat, Langkawi...

Sehingga kini, polis telah berjaya menahan 6 orang saspek bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, saspek yang terdiri daripada 2 lelaki dan 4 wanita itu berusia antara 17 hingga 69 tahun.

Katanya, susulan daripada penangkapan itu, polis berjaya menemui beberapa lagi bahan bukti yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan termasuk sepucuk pistol jenis Revolver .38 Special bersama 4 butir peluru, wang tunai berjumlah 8 ribu 500 ringgit dan sepasang gari yang ditanam berhampiran rumah salah seorang saspek di pulau ini.


Menurut beliau, polis masih memburu seorang lagi saspek dikenali sebagai Royster a/l Anthony Dass berusia 26 tahun dengan alamat terakhirnya rumah bernombor 66, Tawas Baru Utara, Taman Tasik Mewah, Ipoh Perak.











Justeru, beliau memohon agar sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai saspek agar dapat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, motif kejadian dipercayai akibat rasa tidak puas hati dalam kumpulan berkenaan mengenai pembahagian wang hasil jenayah.

Polis juga sedang menjalankan siasatan samaada peluru yang menembusi kepala mangsa datang dari 2 pistol yang dirampas atau sebaliknya.



2 Oktober lalu, IPD Langkawi menerima laporan mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang dibuat oleh seorang pemilik apartment di Langkawi.

Hasil siasatan, polis mendapati mangsa yang dikenali sebagai K. Mohan, berusia 31 tahun dipercayai dibunuh dengan kesan tembakan di kepala dan pistol jenis Baby Glock bersama barangan peribadi mangsa telah dihantar ke IPD Langkawi oleh seorang wanita yang mendakwa ia ditinggalkan di rumahnya oleh seorang rakan kepada anaknya.

10/8/11

RM 420 juta untuk pulau Langkawi



Pastinya ramai yang teruja dengan pelbagai pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri dalam perbentangan Belanjawan 2012 semalam (7 Okt). Ada yang sedih sebab apa yang diimpi-impikan tak dapat, ada yang dapat bonus (pekerja kerajaan le...), naik gaji (pekerja kerajaan jugak...), subsidi rumah, kenaikan pangkat (cikgu paling best...wooohooo), sekolah tak payah bayar yuran, baucer beli buku (form 6 & ipta..) dan macam-macam lagi.


Tapi, pastinya penduduk Langkawi juga turut teruja sebab PM umumkan bahawa Langkawi akan menerima 420 juta ringgit dalam pelan induk pembangunan pelancongan Langkawi dalam tempoh lima tahun (wahhhhh....sebut direct Langkawi ye...terasa bangga gak la aku sebagai anak jati langkawi walaupun duit tu bukan dapat kat aku pun...huhu).


Antara isi yang disebut mengenai pelan berkenaan ialah untuk men'struktur'kan semula Lembaga Pembangunan Langkawi: LADA: (aku xtau nak berperasaan camana, tapi agak sedap didengar gak nih...ngeh3), penubuhan pasukan renjer hutan (jaga hutan kot area langkawi kot bagi banyak flora n fauna, yg duk ada ni pun depa duk potong abis juai kat mat saleh), menaik taraf muzium, kawasan pantai dan perniagaan serta menaik taraf sistem pengangkutan yang lebih cekap (haa...yg ni penting, bagi la feri rakyat ka, senang skit orang nak kuar masuk langkawi, bleh gak meningkatkan industri pelancongan langkawi...tapi dengar crita nak bawak masuk rapid mai sini, yg ni agak sukar skit la, kacau teksi2 kat langkawi nak cari makan walaupun depa kadang2 ada gak karenah2 yg xbest...ngeh3)...



So, berapa pun yang dibagi, apa pun yang dibuat, buatlah secara telus, jangan duk bagi 'kaya' sebelah pihak orang individu tertentu ja. Jangan asik depa ja duk makan projek, pastu apa pun tak jadi, langkawi duk macam ni gak...bagi kat organisasi yang betul2 akan menggunakan bajet tu untuk keuntungan semua pihak samaada untuk kebaikan pelancong mahupun untuk menjana industri pelancongan langkawi sekaligus memberi limpahan rezki kepada penduduk langkawi...rakyat senang, rakyat sayang, rakyat rasa ditindas, rakyat tendang...eeekkkk????

10/3/11

Kes Bunuh di Langkawi

Rasa curiga seorang pemilik bilik sewa di Ayer Hangat (Red Door Apartment..), Langkawi yang tidak dapat menghubungi lelaki yang menyewa bilik di apartment-nya membawa kepada penemuan satu mayat yang dipercayai dibunuh...


Ketua Siasatan Jenayah IPK Kedah, ACP Zakaria Ahmad berkata, lelaki yang menyewa bilik berkenaan bersama 2 orang rakannya pada 29 September lalu itu dipercayai telah mati lebih 24 jam.


Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat seorang lelaki india warga tempatan pada jam 9.30 pagi 2 Oktober dan siasatan mendapati mayat berkenaan mempunyai kesan tembakan di kepala.


Tambahnya lagi, pada jam 4 petang hari yang sama, seorang wanita melayu telah tampil ke IPD Langkawi menyerahkan sebuah beg yang mencurigakan ditinggalkan oleh seorang wanita india yang merupakan rakan kepada anak lelakinya.



Hasil pemeriksaan, beg berkenaan memuatkan sepucuk pistil jenis 'baby Glock' bersama 7 butir peluru kaliber 9mm, 5 buah telefon bimbit, pakaian, laptop dan kacamata.


ACP Zakaria berkata, 4 orang suspek dimana 2 berbangsa india dan 2 berbangsa melayu berusia lingkungan 30-an telah dikenalpasti dalam kes berkenaan dan si mati dipercayai dibunuh berkaitan dadah.


Katanya, 2 orang suspek dipercayai telah melarikan diri ke tanah besar manakala 2 lagi masih berada di pulau berkenaan dan gerakan memburu suspek sedang dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.


ACP Zakaria meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan agar dapat menyalurkannya kepada balai polis berhampiran.


...murahnya harga nyawa manusia, macam yg gua baca lam rencana paper apa ntah aritu yg nelayan warga asing kat Thailand tu ckp, bos dia bleh tembak dia anytime pasal harga sebijik peluru hanya beberapa puluh sen saja....oh!

Warga Sudan Lemas Di Pantai Chenang



Pantai Chenang, 2 Sept 2011:


Kegembiraan 3 orang sahabat warga Sudan bercuti dan mandi di Pantai Chenang, Langkawi berakhir dengan kematian seorang daripada mereka akibar lemas...

Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Hassan Ibrahim berusia 22 tahun bersama 2 orang lagi rakannya dipercayai turun untuk mandi di pantai berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Dalam satu kenyataan, Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Muhammad Abdul Basar Taji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai seorang warga asing yang dilaporkan lemas pada jam 3.40 minit petang semalam (1 Sept).

Menurut beliau, mangsa yang tinggal di chalet berhampiran pantai berkenaan dipercayai tidak menghiraukan amaran yang telah diletakkan supaya orang ramai tidak mandi di pantai berkenaan berikutan cuaca buruk.

Katanya, mangsa bersama rakannya berenang ke tengah dan dipercayai dihanyutkan ombak yang kuat.

Dua lagi rakan mangsa, Mohamed Nazar Mohamed Abdala dan Mohamed Abdullah Ali Osman berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian manakala mangsa gagal diselamatkan.

Laksamana Pertama Maritim Muhammad Abdul Basar berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat dilancarkan pada jam 3.45 minit petang dengan menggunakan 2 buah bot dan 2 buah jet ski bersama Jabatan Pertahanan Awam serta Bomba.

Katanya, mayat mangsa ditemui jam 8 pagi tadi kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian.
Beliau turut menasihatkan agar orang ramai lebih peka dan patuh dengan arahan yang dikeluarkan bagi menjamin keselamatan mereka berikutan keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu.

PS: Amaran dah bagi, beach boy pun dah tegur, tapi nak kata pa lagi, pak arab kannn... : )

9/20/11

Lagi Bantahan Terhadap Syarikat Feri

Bantahan demi bantahan telah dilakukan bagi mendesak syarikat feri menarik balik pemansuhan diskaun harga feri untuk orang langkawi pada setiap hari cuti.

Jika aritu (17 Sept) pihak Pemuda UMNO, Puteri UMNO & Wanita UMNO mengadakan piket dihadapan jeti kuah, hari ini (20 Sept) lebih ramai turut serta dalam piket yang serupa.

Piket yang disertai Pemuda UMNO (mai ngan sebijik bas wooo...dasyat!!!) Wanita UMNO (mai ngan van Skuad Sayang mereka), Pas, Keadilan dan pelbagai individu dan juga NGO.

Tujuan mereka pastinya satu iaitu untuk menuntut penarikan semula pemansuhan harga istimewa untuk penduduk Langkawi yang dikuatkuasakan setiap kali hari cuti dan sehari sebelum.

Kan bagus kalu parti politik bergabung dalam hal camni (xtau la depa ikhlas ka dak...hahaha). Ketepikan la sebentar fahaman politik masing-masing. Asyik ngan politik ja, rakyat pun bosan. Jadilah pejuang sejati seketika, perjuangkan rakyat bukan parti.

Tapi agak hairan jugak la, dimana kaum-kaum lain dalam kumpulan yang menyertai bantahan tu (99% adalah melayu).....'kita' sajakah yang ber'ic' langkawi atau 'kita' sajakah yang kurang kemampuan untuk membeli tiket tanpa diskaun....opsss!!!

9/18/11

Keistimewaan Masyarakat Langkawi Ditarik Balik!!!

Bermula jumaat lepas (16 Sept 2011) diskaun untuk penduduk Langkawi untuk membeli tiket feri telah ditarik balik untuk belian pada setiap kali hari cuti (cuti umum, cuti sekolah, cuti am.....etc).

Pengumuman (tak dak umum yg betul2 pun, cuma ada yang nak p beli tiket di hari berkenaan telah dinafikan hak beliau untuk mendapatkan diskaun berkenaan memandangkan berada hari berkenaan berada dalam cuti hari malaysia) secara tak rasmi itu hanya diketahui oleh org ramai kalau p beli tiket n ada tampal notis kat kaunter tu.....demm!!! (zionisnya mereka...)

Maknanya, lepas ni, sapa2 yang ic Langkawi, nak kluar ke tanah besar, tunggu ari tak cuti la...nak kluar ari cuti pun bleh, tapi harga dah tak dak diskaun la...hehehe

Betul gak la kata Ketua Pemuda Umno Langkawi, En. Nor Saidi Nanyan ; "orang langkawi ni dapat harga tu pasai depa selalu kena keluar, bukan saja mai nak bercuti di sini. Orang luar mai pasal depa nak bercuti, rasa nak mai, depa mai, xmau mai pun xpa. Tapi orang Langkawi, nak gak kluar n feri jelah option yang ada, mana larat naik kapal terbang ja.."





Ada gak pihak yang cadang bukak laluan feri tu untuk syarikat lain sama supaya ada persaingan dalam perkhidmatan feri (skang ni satu syarikat ja duk monopoli, depa pegang jadik konsortium...so, ikut suka dia la nak naik harga ka apa ka, feri dia...hahaha)...

Pasal nak bukak laluan pun satu hal gak, rasanya kalau untuk kebaikan, kerajaan xkan tak boleh bagi pertimbangan, bagi la sikit persaingan dalam perkhidmatan feri ni (yang duk ada ni pun slalu kena komplen, lambat la, delay la, lembab la, kotor la, sempit la...)....mungkin ada campur tangan politik kot...ermmm~~~(politik gua tak campur...)

So, kita tunggu jelah tindakan lanjut pasai dalam 2 3 hari ni pasti penduduk langkawi akan memberikan satu tamparan kepada syarikat feri berkenaan.....

Untuk rekod, sebelum ni penduduk langkawi (ic alamat langkawi) menikmati harga diskaun istimewa untuk tiket feri (sehala atau 2 hala) tanpa mengira hari. Harga seperti berikut:

Langkawi-Kuala Kedah
RM23.00 untuk orang biasa
RM20.00 untuk orang Langkawi

Langkawi-Kuala Perlis
RM18 untuk orang biasa
RM15 untuk orang Langkawi

-AKU MEREMPAT DI PULAU SENDIRI-

9/8/11

Pop Corn





Selepas beberapa Purnama mencari biji jagung/popping corn di sekitar pulau langkawi, akhirnya jumpa jugak ia kat tesco seagate alor star....hahaha...dekat sebulan gak la try2 cari kat langkawi ni, tapi mmg xdak jual biji jagung kat sini...hampeh tul!!!








Jadi, peluang balik raya aritu digunakan sepenuhnya untuk mencari bahan berkenaan. Sekali angkat 3 bungkus trus, buat stok...hahaha



So, how to make a pop corn???


meh2 aku nak ajar skit...senang ja bro, tak perlu sehebat chef wan or chef zam untuk membikin pop corn sesedap rasa...






Bahan2:
1. Biji Jagung/Popping Corn/Maize

2. Marjerin/Mentega/Planta

3.Gula



Kaedah Pembikinan:



1. Mula2 amik periuk yang berpenutup, kalu yang xleh tutup tu xjadi la pasai xdak udara panas untuk meng'pop'kan biji jagung tu...(betui la kot, aku pun hentam ja fakta tu...hahaha)











Pastu, masukkan 2 sudu mentega, then masukkan la biji jagung ikut suka hati anda...(kalu periuk kecik, buh skit dah la, pasai skali dia 'pop' 1 biji jagung sama besar ngan ibu jari tangan, kalu byk sgt, terkeluar dari periuk plak kang...hahaha)...dah masukkan tu, then tutup la periuk tu....api kasik pelan ja, kuat sangat kang hangus plak pop corn tu...



Then, tunggu le biji jagung tu meng'pop'kan dirinya sehingga 'pop' terakhir yg menandakan suma biji jagung dah bertukar menjadi pop corn (akan ada gak skit biji jagung yg degil tak mau bertukar jadi pop corn...hahaha)

















Setel bab pop corn, kena buat plak gula siranya...


2. Amik belanga (belanga snang skit nak meratakan gula sira ke seluruh pop corn) n masukkan gula secukup rasa (agak sendiri la nak byk mana)...cairkan gula tu, then masukkan mentega n kacau hingga sebati.
Agak dah cair elok tu, masukkan la pop corn tadi ke dalam belanga yang berisi gula sira yang telah disediakan...kacau sehebat mungkin hingga kena semua pop corn tadi.


3. Tutup api, buh pop corn tadi lam pinggan...amik tea, susu, buh lam gelas, masukkan air panas then tarik...jadik la plak tea tarik yang enak dimakan bersama pop corn yang telah disediakan tadi sambil menonton tibi bersama famili...huhu
Sekian Saja masakan saya untuk kali ini....


Terima kasehhhh....