10/7/09

poLis LanGKawi ramPas PisTol???







Polis Daerah Langkawi berjaya merampas sepucuk pistol buatan sendiri yang dimiliki oleh seorang rakyat tempatan...

Ketua Polis Daerah Lagkawi, Superitendan Ishak Hasan berkata, hasil siasatan, sepasukan anggota telah menyerbu ke sebuah rumah di Kampung Kuah, Langkawi pada 7 Oktober, jam 10.45 pagi.

Hasil pemeriksaan lanjut, katanya, mereka berjaya menemui sepucuk pistol buatan sendiri berukuran 12 sentimeter panjang dan 2 sentimeter lebar bersama 35 peluru .22 kaliber yang disembunyikan di dalam pengisar makanan, sebilah kerambit dan buku lima.

Superitendan Ishak berkata, seorang lelaki tempatan berusia 30-an ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya lagi, pistol berkenaan dipercayai dibeli dari negara jiran.

Superitendan Ishak berkata, motif sebenar suspek menyimpan senjata berkenaan masih lagi disiasat.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 8 (9) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

No comments:

Post a Comment