10/3/11

Kes Bunuh di Langkawi

Rasa curiga seorang pemilik bilik sewa di Ayer Hangat (Red Door Apartment..), Langkawi yang tidak dapat menghubungi lelaki yang menyewa bilik di apartment-nya membawa kepada penemuan satu mayat yang dipercayai dibunuh...


Ketua Siasatan Jenayah IPK Kedah, ACP Zakaria Ahmad berkata, lelaki yang menyewa bilik berkenaan bersama 2 orang rakannya pada 29 September lalu itu dipercayai telah mati lebih 24 jam.


Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat seorang lelaki india warga tempatan pada jam 9.30 pagi 2 Oktober dan siasatan mendapati mayat berkenaan mempunyai kesan tembakan di kepala.


Tambahnya lagi, pada jam 4 petang hari yang sama, seorang wanita melayu telah tampil ke IPD Langkawi menyerahkan sebuah beg yang mencurigakan ditinggalkan oleh seorang wanita india yang merupakan rakan kepada anak lelakinya.



Hasil pemeriksaan, beg berkenaan memuatkan sepucuk pistil jenis 'baby Glock' bersama 7 butir peluru kaliber 9mm, 5 buah telefon bimbit, pakaian, laptop dan kacamata.


ACP Zakaria berkata, 4 orang suspek dimana 2 berbangsa india dan 2 berbangsa melayu berusia lingkungan 30-an telah dikenalpasti dalam kes berkenaan dan si mati dipercayai dibunuh berkaitan dadah.


Katanya, 2 orang suspek dipercayai telah melarikan diri ke tanah besar manakala 2 lagi masih berada di pulau berkenaan dan gerakan memburu suspek sedang dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.


ACP Zakaria meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan agar dapat menyalurkannya kepada balai polis berhampiran.


...murahnya harga nyawa manusia, macam yg gua baca lam rencana paper apa ntah aritu yg nelayan warga asing kat Thailand tu ckp, bos dia bleh tembak dia anytime pasal harga sebijik peluru hanya beberapa puluh sen saja....oh!

No comments:

Post a Comment