10/11/11

Susulan Kes Bunuh 2 Oktober Lalu

Perkembangan kes bunuh yang berlaku pada 2 Oktober lalu di Ayer Hangat, Langkawi...

Sehingga kini, polis telah berjaya menahan 6 orang saspek bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, saspek yang terdiri daripada 2 lelaki dan 4 wanita itu berusia antara 17 hingga 69 tahun.

Katanya, susulan daripada penangkapan itu, polis berjaya menemui beberapa lagi bahan bukti yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan termasuk sepucuk pistol jenis Revolver .38 Special bersama 4 butir peluru, wang tunai berjumlah 8 ribu 500 ringgit dan sepasang gari yang ditanam berhampiran rumah salah seorang saspek di pulau ini.


Menurut beliau, polis masih memburu seorang lagi saspek dikenali sebagai Royster a/l Anthony Dass berusia 26 tahun dengan alamat terakhirnya rumah bernombor 66, Tawas Baru Utara, Taman Tasik Mewah, Ipoh Perak.











Justeru, beliau memohon agar sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai saspek agar dapat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, motif kejadian dipercayai akibat rasa tidak puas hati dalam kumpulan berkenaan mengenai pembahagian wang hasil jenayah.

Polis juga sedang menjalankan siasatan samaada peluru yang menembusi kepala mangsa datang dari 2 pistol yang dirampas atau sebaliknya.



2 Oktober lalu, IPD Langkawi menerima laporan mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang dibuat oleh seorang pemilik apartment di Langkawi.

Hasil siasatan, polis mendapati mangsa yang dikenali sebagai K. Mohan, berusia 31 tahun dipercayai dibunuh dengan kesan tembakan di kepala dan pistol jenis Baby Glock bersama barangan peribadi mangsa telah dihantar ke IPD Langkawi oleh seorang wanita yang mendakwa ia ditinggalkan di rumahnya oleh seorang rakan kepada anaknya.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete